Bantuan ini disediakan bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian. Bantuan ini bertujuan meringankan beban penerima serta menyokong keperluan dan kesejahteraan golongan OKU.
Syarat Kelayakan:
- Syarat 1 : Warganegara Malaysia
- Syarat 2 : Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai OKU, atau termasuk dalam kumpulan terpinggir yang dikenal pasti
- Syarat 3 : Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
Cara Memohon(PENTING)
Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengisi borang permohonan bantuan dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Setiap permohonan akan disemak berdasarkan syarat dan maklumat yang diberikan.