Bantuan ini disediakan bagi membantu warga emas yang memerlukan sokongan dalam memenuhi keperluan asas dan kehidupan seharian. Bantuan ini bertujuan meringankan beban penerima serta memberikan sokongan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.
Syarat Kelayakan:
- Syarat 1 : Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas
- Syarat 2 : Tiada sumber pendapatan tetap atau tanggungan keluarga
- Syarat 3 : Bermastautin di kawasan operasi Yayasan Budi Lestari
Cara Memohon(PENTING)
Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengisi borang permohonan bantuan dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Setiap permohonan akan disemak berdasarkan syarat dan maklumat yang diberikan.